Thursday, November 3, 2011

Seksualiti Merdeka?? Saya BANTAH!!

Jika Tiada Angin, Tiadanya Pokok Bergoyang....
Lepas je HIMPUN, Himpunan Sejuta Ummah Selamatkan Akidah....timbul pula SM (Seksualiti Merdeka)...

Apa itu Seksualiti Merdeka?? NGO? Kumpulan Ajaran Sesat? Nama Ceti Haram???
no! no!! NO!!!!...


"Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.


Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya."

Source: www.seksualitimerdeka.org


Senang je aku komen (even aku x arif dan pakar bab agama) : 
"Perkara HARAM tetap HARAM, 
                 Hujahlah apa pun, Pakailah ayat apa pun, 
                                 dah itu sah-sah SALAH sisi agama..."

Usaha untuk menghalalkan hubungan sejenis di negara ini dilihat semakin melampau dengan wujudnya pelbagai pihak yang masih tegar memperjuangkan agenda golongan itu.
 
Web Rasmi Seksualiti Merdeka
Terbaru, Program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula hari ini hingga 13 November depan, pula di promosikan oleh 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu. Ramai tu, 20 NGO
(p/s: NGO dan individu songsang pada pendapat aku)
emm, geli x?
 Seksualiti Merdeka 2011 ini di promosikan melalui laman web www.seksualitimerdeka.org, kononnya bertujuan mempertahankan hak golongan tersebut agar diterima dalam kalangan masyarakat negara ini.
(p/s: ayat orang macam x ade agama)

Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) adalah antara penaja dan penyokong program selama 13 hari itu dengan beberapa aktiviti diatur seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.
Sejak 2008??
Dari apa yang aku duk baca dan kaji di internet Seksualiti Merdeka yang berlangsung di Galeri Annexe, Kuala Lumpur ini merupakan penganjuran kali ke-3 sejak pertama kali diadakan pada 2008.
(P/s: dah 4 kali upanya....baru tahu, tgk2 la old post di web SM)

P/s: Aku percaya ramai lagi yang masih samar² apa itu Seksualiti Merdeka. Aku pon 1st time dengar. Rupa² nya pertubuhan ni dah wujud dari tahun 2008. Dan skang ni sedang berlangsung festival yang di panggil 'Seksualiti Merdeka' bermula semalam dan akan berakhir pada 13 November 2011 nih dan ini merupakan festival ulangtahun yang KETIGA. Festival ini di sokong oleh Amnesty International Malaysia, Majlis Peguam, Suaram, Tenaganita dan beberapa NGO lain di negara ini.
Print Screen dari Bar Council web site
p/s: ada program macam nie lagi teruk jadinya Malaysia....emmm

APA KATA TOKOH2 AGAMA dan NGO yang menentang??
Penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula 2 hari lepas hingga 13 November depan bukan sahaja dikecam hebat oleh umat Islam, tetapi agama lain termasuk Kristian. 

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin:
“Saya tidak tahu apa yang sebenarnya hendak dibuat dalam program Seksualiti Merdeka, namun jika ia satu kempen terbuka ke arah menjustifikasikan gay dan transeksual, maka itu patut ditentang,”  

Tokoh Kristian Sabah, Webley Disim :
"Ia satu kerja gila dan jelas bertentangan dengan kepercayaan semua agama di seluruh dunia yang tidak menghalalkan hubungan sejenis."

"Setiap agama mempunyai kitab suci masing-masing yang memerintahkan untuk berlaku baik dan tidak membenarkan mereka melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri dan masyarakat."

“Amat jelas, menghalalkan perkara yang tidak dibenarkan oleh agama seperti hubungan sejenis adalah satu perkara biadab dan ia jelas sekali bertentangan dengan norma kehidupan."
“Saya menentang keras tindakan terkutuk itu dengan menganjurkan program yang jelas terpesong dan merosakkan akhlak setiap penganut yang mempercayai kitab ajaran agama masing-masing. Ini sangat melampau,”

Ketua Wanita dan Keluarga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Norsaleha Mohd. Salleh :
"Budaya songsang ini tidak pernah menjadi ajaran mana-mana agama jadi jangan kita menunggu laknat Allah turun kepada seluruh penduduk Malaysia barulah kita membuka mata dan sedia untuk mengkaji semula lesen yang diberikan,"


Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, 
Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar:
"Kita tidak perlu menjadi seperti bangsa lain yang menghalalkan hubungan sejenis dan menjadi masyarakat yang rendah moralnya,"  
"Islam sendiri mengharamkan perbuatan berkenaan dan saya percaya agama lain juga sama. Jadi generasi muda terutamanya, perlu melengkapkan jati diri dan berpegang teguh pada landasan agama," jelasnya."
Saya BANTAH Seksualiti Merdeka!!!
anda bagaimana????


Friday, July 15, 2011

Paste/ Share? apa tandanya?

Dah lame x update....he2 bukan menyepi tp malas.... mesti pelikkan, apa la tajuk kat atas tu..merepek je... Paste atau share adalah perkara berbeza... tp sini, nak luahkan perasaan betapa menyampahnya dgn insan-insan yang "budget" kaya dan peka dgn isu semasa....
kenapa aku cakap mcm tu? apa penanda arasnya??

Share/ paste berita-berita, cerita-cerita atau apa-apa sumber dari blog dan juga media masa lain di FB.... Oh,'What The Facebook' la..Jika itu penanda aras/ tanda orang yang peka dgn isu-isu semasa... Naik menyampah pula, jika itulah mentaliti dan perangai  manusia yang merasakan hanya dia yang betul, ilmu dia je yang tinggi....


Tahu tak, dalam kita post paste/share berita-berita, cerita-cerita yang entah dari mana sumbernya kita petik, kita rasa BANGGA kerana kita banyak share/ paste maklumat di FB..... sedar atau tidak, banyak maklumat yang di share di FB bukan betul sangat pun.. Kadang-kadang itulah Fitnah, itulah penipuan, itulah yang merosakkan pemikiran rakyat malaysia... dalam kita cuba sebarkan maklumat utk kebaikan, kadang kala kita juga lakukan dosa dgn jadi "agen fitnah" secara tidak langsung dgn PERCUMA....
Setakat nak paste/ share berita-berita, cerita-cerita di FB dah boleh kira peka dengan isu semasa (What The Facebook la), JOM SAMA-SAMA PASTE DAN SHARE BERITA-BERITA, CERITA-CERITA DI FB SEBAIK BANGUN DARI TIDUR SETIAP HARI 
 (p/s: Jadikan rutin agar Mahasiswa di pandang tinggi dan sentiasa di anggap cakna isu semasa..)