Dalam posting sebelumnya saya telah berbicara tentang Qadak dan Qadar....fahamkah kita apa itu Qadak dan Qadar? Pendefinisi istilah menurut Kamus Dewan, edisi ke-empat bagi Qada'@Qadak adalah hukum atau takdir Allah, manakala Qadar adalah keputusan (Ketentuan) Tuhan. Kedua-dua perkara tadi dapat kita fahami sebagai takdir dan ketentuan dalam hidup kita sebagai manusia dan semestinya setiap yang muslim wajib mempercayainya. Tidak ada apa yang berlaku tanpa sebagai alasan dan sebab, melainkan kewujudan Sang Pencipta yang wujud tanpa permulaan dan pengakhiran....Apa yang berlaku dalam dunia ini adalah berdasarkan perancanganNYA...
Kebaikan- keburukan, kejayaan- kegagalan, kemewahan- kemiskinan, kegembiraan- kehampaan, kebahagian- Kedukaan, kesenangan- kesengsaraan.......berikut adalah antara contoh Qadak dan Qadar, yakni ujian yang sentiasa di hadapi oleh manusia.....
Namun persoalannya, adakah kita pasrah dan redha atas apa yang berlaku kepada kita?
Betapa perit mata memandang, perit lagi hati dan jiwa yang menangung....
Mengapa ada yang mudah berputus asa dengan dugaan dari yang Maha Berkuasa?
Lemah sangatkah kita sebagai manusia?? Bukankah manusia adalah makhluk yang istimewa, dilantik sebagai khalifah di dunia ini...
Menurut islam, keistimewaan manusia adalah pada saat ia diciptakan, dimana secebis daripada roh Tuhan ditiupkan kedalam dirinya.(Quran 1:2 dan 38:72)... Atas dasar inilah yang menyebabkan manusia boleh berfikir, boleh menegtahui dan boleh mencipta. Keboleh mengetahui inilah yang menyebabkan Tuhan memerintahkan para malaikat sujud kepada Adam(Quran 2:33-34)... terbukti sudah bahawa taraf manusia lebih tinggi daripada semua makhluk lain.
Namun, mengapa masih ada manusia yang lalai dan tidak mengunakan anugerah pemberian Tuhan tadi untuk mengubah Qadak dan Qadar?....Cubalah ubah nasib dan takdir kita, supaya mendapat keredaan Allah di dunia dan akirat....
Quran dengan jelas, menyatakan bahawa tiap perkara yang baik itu berasal daripada Tuhan manakala yang jahat pula itu adalah akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.
No comments:
Post a Comment