Tuesday, December 21, 2010

Sindiran untuk "MALAYSIANS" dlm Hantu Kak Limah Balik Rumah

Hari Ahad lepas, sebenarnya adalah hari yang terbaik dalam cuti ini...p/s: sebabnya hanya yang berkenaan mengetahuinya...kerna seseorang yang diharap akan ^_^v sentiasa.... Tp posting ini adalah untuk menceritakan tentang satu filem yang tengah hangat sekarang kerana ape yang membuatkan hari ahad lepas adalah 'Best' adalah satu coretan yang hanya di catat untuk tatapan peribadi....
Tau tak, pada hari itu, aku telah berkesempatan menonton filem Hantu Kak Limah balik Rumah arahan  Mamat Khalid. Mamat Khalid memang pengarah filem yang best..."KREATIF" adalah perkataan yang sesuai untuk hasil kerja dia....Untuk mengubah persepsi dan mengajak masyarakat berfikir, ia memerlukan daya imaginasi dan kreativiti yang tinggi.

Aku memang meminati hasil buah tangan Mamat Khalid sejak dulu kerana merasakan beliau bukannya "Orang Seni" sembarangan biarpun beberapa filem dia nampak merapu dan entah ape2 mcm "ZOMBIE kampung pisang". Kehebatan karya Mamat Khalid mampu membuatkan aku berfikir walaupun ianya disampaikan secara bersahaja menerusi watak dan skrip dialog. Sebagai penonton kadangkala kita tidak menyedari betapa sinikalnya Mamat, terutama kritikannya yang menjurus kepada persoalan semasa yang banyak dilontarkan menerusi filemnya.

Mamat Khalid dikenali sebagai pengarah genre komedi. Di sebalik tawa kelucuan tatkala menonton filem arahannya, hakikatnya Mamat banyak menyelitkan falsafah tersirat yang kadangkala sukar difahami terutamanya spesis penonton yang malas berfikir. Walaupun banyak cerita yang dipersembahkan dalam filem arahannya nampak seperti merapu, namun Mamat Khalid sering membuktikan filem-filem beliau bukannya merapu sembarangan. Filemnya telah diiktiraf ramai pihak kerana mempunyai pemikiran dan falsafah yang tersendiri, terutamanya yang melibatkan semangat Patriotisme dan Kenegaraan.

Kritikan sosial dan kesinisan terkini Mamat Khalid dapat dilihat menerusi filem terbarunya, "Hantu Kak Limah Balik Rumah", melalui dialog dan watak yang dibawakan oleh pelakonnya. Antaranya;

"Itulah pentingnya English Education" (perihal PPSMI).

"Panjang ceritanya", "Haa...cerita...cerita...cerita" (perihal orang Melayu yang suka lepak bersembang dan bergosip).

"Mana ada hantu. Di Singapura, rakyatnya hanya mementingkan kamajuan dan pembangunan. Mereka tidak percaya hantu. Kalau ada hantu pun di sana, hanya si tua yang cuba mengajar kita bagaimana untuk mentadbir negara kita sendiri" (menyindir Lee Kuan Yew dan mereka yang terlalu mengagongkan pemimpin Singapura itu).

"Kita bakar saja rumah Kak Limah" (menyindir para demonstraters yang menjadi rutin sesetengah pihak diMalaysia sekarang).

"Kita kena ketengahkan pemimpin muda bagi menggantikan pemimpin tua" (menyindir pemimpin lama hari ini yang masih nak menongkat langit sampai mati).

"Itulah orang kita, pembangunan depan mata pun buat-buat tak nampak" (perihal rakyat yang tak pernah bersyukur dan merasa puas).

"Saya orang Indonesia. Orang Indonesia memang hebat" (perihal orang Indon yang sentiasa merasakan diri mereka hebat berbanding orang lain, serta menyindir sebahagian masyarakat negara ini yang sering mengagongkan orang luar berbanding rakyat sendiri).

"Ini off day saya" dan "Saya banyak kerja lain lagi. Esok nak meeting pulak. Ini semua menyusahkan saya" (perihal kakitangan awam yang lebih banyak merungut dan mencipta alasan berbanding melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan).
Banyak lagi dialog, ekspresi wajah, props, sinematografi, mahupun bahasa tubuh yang mempunyai pelbagai pemikiran serta falsafah yang diadaptasikan Mamat Khalid menerusi filem arahannya.
Kalau bab watak dan perwatakan pula, Abang Mamat kita ni macam menyindir politikus2 malaysia, selebriti2, tanggungjawab masyarakat(terutama anak2 muda) terhadap generasi TUA, kepercayaan karut masyarakat melayu dan lain2....cuba hayati dan fahami setiap watak dan dialog generasi MUDA dan TUA dalam filem itu... maka faham lah kita dengan sindiran pengarahnya..hehehe^_^
Jika berpeluang, tontonlah juga filem-filem Mamat Khalid yang lain seperti Man Laksa, Rock, Zombi Kampung Pisang, Kala Malam Bulan Mengambang dan Estet. InsyaAllah, kita akan mendapat sesuatu yang bermanfaat, bagi mereka yang mahu berfikir.

Last sekali kepada broder Mamat Khalid, tahniah diucapkan dan teruskanlah berkarya selagi hayat dikandung badan. Peace on MALAYSIA!

4 comments:

  1. hey hey hey :) waaahh~ g tengok wayang tak ajak ehhh =__= dating hape ? :P

    ReplyDelete
  2. dating?? pe 2? boleh dimakan ke?=)

    ReplyDelete
  3. ta penah tgk cite antu..uuu takot...anywy,,follow me back ya :)

    ReplyDelete
  4. wahhh aku tgk citer ni tapi tak terlintasla pulak semua benda2 ni. Blog anda bagus. Keep it up :)

    ReplyDelete