Sunday, May 15, 2011

PMSPKAL 2009/2010 in Memory.... MPP 2010/2011 in progress...

PMSPKAL Sesi 2009/2010
Ini adalah kenangan dan pengalaman yang berharga bagi ku pertama kali melibatkan diri dalam organisasi Mahasiswa di UMS-KAL...

Mane tidaknya, kalau setakat buat program, join program biase la..tp dgn organisasi mcm nie agak mencabar juga...Maklumla tanggungjawab...

Dulu sejujurnya, aku x kenal dan tahu pun wujud PMSPKAL(awal2 dulu waktu sem 1 first year)...hinggalah aku ternampak borang pencalonan di pejabat SPKAL. Tp bukan senang nak masuk top 10 candidate calon bagi PMSPKAL...Selain isi borang dan hantar, setiap calon perlu mempunyai pointer yang baik (pada tahun tersebut adalah 3.30 dan keatas ) serta perlu melepasi sesi interview dengan penyelaras-penyelaras dan TIMB Dekan HEPA SPKAL (waktu itu MR.ZUL). Ok, jadi lepas semua halangan tadi 10 calon terakhir akan di undi bagi menentukan posisi dalam organisasi. Pada tahun tersebut, aku dapat undi ke2 tertinggi, jadi dapatlah ku jadi Timb. YDP PMSPKAL sesi 2009/2010.


Tapi apa yang best, biarpun hanya aku dan Casey(Hong Kay Tze) mahasiswa tahun 1... Namun banyak juga pengalaman dan ilmu yang kami perolehi sepanjang
penglibatan dalam organisasi PMSPKAL yang di ketuai oleh Alex.

PMSPKAL batch kami mendapat repond yang baik daripada Dekan kerana kejayaan kami membawa dan menghidupkan organisasi ini dgn aktiviti yang dapat menjana kewangan kepada kami dan aktiviti akan datang.

THANKS TO ALEX, DANIEL, CASEY, BRANDON, MING FONG, YONG KET, SHASIKALA, DAN YOGESWAEY for the memories we had earn from this comunity.  

P/S: Pada pengalaman lepas, secara PERIBADI kouta bagi pointer juga adalah perlu bagi memilih Pemimpin Mahasiswa... kerana aktiviti persatuan secara tidak langsung akan menganggu pointer seseorang siswa andai gagal membahagikan masa dengan baik. 

Seperti yang selalu saya suarakan pada pihak HEPA: Syarat Pointer MPP perlu lagi tinggi dari PM Sekolah dan JAKMAS, baru kita dapat lihat Pemimpin Mahasiswa (biarpun ada yang cakap syarat pointer itu akan mematikan bakat siswa sebagai pemimpin dan bercanggah dengan konsep demokrasi *atau macam2 alasan lain lagi)....  Ada perbezaan yang banyak di antara SISWA dan MAHASISWA.. Fikir-fikirkanlah ^_^v

1 comment:

  1. Hanya sejarah dalam PMSPKAL?
    Mana "berita" dalam MPP?? update denagn rajin-rajin~!

    ReplyDelete