Sunday, October 10, 2010

aku tetap aku dan aku tetap begini....

BERMULA dari permulaan? Itu sudah terlalu biasa.....Sebenarnya kita boleh bermula pada pertengahan atau pada penghujung. Tetapi semua perkara ada permulaan dan kesudahan (begitulah kehidupan ini), kecuali Tuhan yang sentiasa ada tanpa permulaan dan kesudahan. Hinggakan khayalan kitapun tidak dapat membayangkannya...

Walau bagaimana pun, bagi sesetengah orang permulaan saya ialah kesudahan baginya, dan kesudahan saya adalah permulaan baginya. Jadi, benarlah kita tiada permulaan dan kesudahan, seperti tuhan juga! Betulkah???? Wahyu Tuhan mengatakan ini tidak betul. Saya mengeluarkan kenyataan tadi sebagai satu lontaran persoalan terhadap perbuatan kita selaku manusia, saya sebenarnya telah sebanyak 4 kali menulis blog, dan saya terpaksa padamkan blog terdahulu bagi memadamkan sejarah dan kekecewaan yang telah menguris hati dan akan menjadi sejarah dalam hidup ini, menulis kembali dan memadam kembali (perkara yang sama saya lakukan secara berulang).... mungkin saya belum bersedia, berkongsi apa yang saya alami,rasai dan hayati dalam hidup ini.....terdapat beberapa sebab saya menulis kembali dan terima kasih kepada seseorang yang menberi semangat dan ilham kepada saya agar menulis kembali......

Sejarah juga ada menunjukkan bahawa masyarakat yang berani, menempa kejayaan. Mengikut sebuah hadis, berani berfikir itu sudah mendatangkan satu pahala; kalau fikiran itu betul dapat dua pahala. Itu memang benar. Kemajuan manusia dating daripada keberanian berfikir..... Oleh itu, saya mula menulis kembali bagi berkongsi perspektif saya akan kehidupan sementara di dunia ini....dan mungkin saya tidak akan memadam penulisan saya ini lagi.... Siapa tahu???

No comments:

Post a Comment