Tuesday, October 19, 2010

Bicara JiWa mUda (Bhgn.1)

Sebagai anak muda yang meningkat status keMUDAannya, sudah pasti kita mudah tertarik akan kecantikan yang ada di alam ini...... Sebagai lelaki, saya juga pernah tertarik kepada kecantikan alam ini, terutama kecantikan makhluk ciptaan Allah iaitu wanita....."Saya tidak segan dan malu untuk bercerita tentang perkara ini, sebab saya merupakan manusia biasa yang serba kekurangan dan cuba mencari kesempurnaan dalam hidup ini"


Kecantikan merupakan keindahan.... dan pada perspektif saya, keindahan itu dapat dibahagikan kepada 6 bentuk:
-Keindahan bahasa (puisi,khasnya)
-Keindahan suara (muzik)
-Keindahan warna (lukisan, pemandangan)
-keindahan moral dan spiritual (kelakuan dan watak yang mulia)
-Keindahan fizikal manusia (khasnya perempuan)


Kekayaan Tuhan terpancar melalui keindahan-keindahan tersebut. Apakah yang kita fikirkan jikalau kita tertawan dengan seseorang?? Bagi saya, dalam sesuatu perhubungan ada matlamatnya; contohnya dalam beragama, kita beragama adalah bagi mendekatkan diri pada SANG PENCIPTA, mendapat keredaannya (God Blessing) dan bahagia di dunia serta akhirat....sama juga dalam perhubungan sesama manusia yang berlainan jantina, dimana jika kita tertawan pada seseorang apakah matlamat kita dalam hubugan itu? Jawapan saya mudah iaitu perkahwinan...

                     Tidak salah sekiranya, kita mempunyai perasaan romatis terhadap seseorang, biarpun pada permulaan adalah untuk berkawan..dan cuba meluahkan perasaan romantis tadi melalui pelbagai bentuk....namun, kita perlukan matlamat dalam tindakan kita, sama ada matlamat kita itu tadi adalah matlamat yang baik atau tidak itu terpulang pada individu terbabit....


                       Alam romantis seperti ini sebenarnya banyak membuang masa dan mengurangkan tumpuan kita. Dalam erti kata yang senang di fahami, ia melalaikan...."itu melalaikan" adalah antara ayat yang biasa keluar dari mulut saya apabila ada kawan-kawan berbicara mengenai cinta..namun saya tidak pernah menghalang mereka bercinta kerana saya percaya kepada Qadak dan Qadar Tuhan......biarlah mereka menghadapi cinta mereka dengan cara mereka sendiri, asalkan tidak melakukan sesuatu yang salah di sisi agama sewaktu bercinta..Sebenarnya, banyak juga masa saya dibuai dan tenggelam dalam alam romantis ini. Namun, saya tetap bersyukur apabila saya hampir kepada kelalaian dalam menunaikan amanah saya, terutamanya dalam pelajaran, saya tersedar dan meninggalkan kelalaian tersebut. Kelalaian tadi sebenarnya merugikan kita sebagai remaja, sekiranya kita tidak cuba mengawal keadaan dan perasaan romantis itu. Ramai remaja sekarang ini yang hanyut dalam alam romantis yang tidak mendapat restu Tuhan itu, mengabaikan pelajaran dan pencapaian akademik semata-mata kerana tergoda akan keindahan ciptaan Tuhan.

P/s: Carilah pengalaman dalam bercinta sesama manusia agar kita tidak menjadi naif dalam usaha mendapat cinta sebenar.








                 Di waktu sekolah dahulu, sewaktu di dalam kelas, ada kawan saya pernah bertanya kepada cikgu math..."cikgu, baguskah bercinta sekarang?" (kawan saya ye bukan saya)
Jawapan cikgu saya, sangat ringkas..."bercintalah selagi akademik kamu semua tidak terjejas..bahkan jika dengan bercinta itu dapat menaikan semangat kamu untuk terus berjaya dalam pelajaran teruskanlah"

No comments:

Post a Comment